Aleph's

Aleph's
View from my village...

Sunday, September 23, 2007

AirAsia X Jana RM1b Biaya Pesawat Baru

AirAsia X Jana RM1b Biaya Pesawat Baru


AIRASIA X, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh tempatan, merancang menjana RM1 bilion menerusi penyenaraian di Bursa Malaysia bagi membiayai pembelian pesawat baru untuk laluan Eropah.


"Pengapungan IPO (tawaran awam permulaan) dijangka dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kami merancang menjana sekurang-kurangnya RM1 bilion daripada penyenaraian di bursa tempatan," kata Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani.


AirAsia X memeterai perjanjian pembelian 15 pesawat A330-300 daripada Airbus dengan opsyen membeli 10 pesawat tambahan.


Pesawat A330 pertama itu dijangka diterima dalam suku ketiga 2008.


AirAsia X akan melancarkan penerbangan sulungnya ke China dan Australia bulan depan selepas menerima pesawat badan lebar pertama jenis Airbus A330-300 minggu lalu yang dipajak selama enam tahun daripada Ansett Worldwide Services.


Azran berkata, dana yang bakal dijana daripada IPO akan digunakan bagi membeli pesawat baru sama ada jenis Airbus atau Boeing yang akan digunakan untuk terbang ke pelbagai destinasi di Eropah.


Berita Harian 24-9-2007

---

So, friends, start keeping your money to pump to buy the IPO, but before that you have to have IPO account first.

No comments: