Aleph's

Aleph's
View from my village...

Saturday, February 2, 2008

Layang-layang

Layang-layang

Kaulepaskan laying-layang
di angkasa luas terbang melayang
menayangkan gemalai
dan cantik tarian.

Mereka yang mendongak
menguntum senyum
menyemarak sorak
di celah awan
harapan berarak.

Eratkanlah pegangan tali
jangan terlepas di hujung jari
hilang baying-bayang tiada berjebak
kerana akan tiba detiknya
laying-layang harus turun ke bumi
melunaskan segala janji.

No comments: