Tanah yang dulu merekah kegersangan
Kini basah, sejuk dan menebar kehijauan
Aku tenteram dalam diam.
Hatiku berputik dengan keindahan
Di kala tiada kata mampu kulafaz
Kerana tiada jemu kuperhatikan.
Tika musim silih berganti
Penuh adat dan panca seri.
Tuhan, aku kagumi indahnya bumi-Mu.
Di kala hati tenang melihat awan hujan berarak,
Terik langit biru semakin pudar,
Angin dingin menyapa diri.
Renek hijau melata diruang injak,
Menyekat gerakku.
Air jernih bertakung di rekah,
Menghidupkan jiwaku,
Memberi ku ilham dan ketenangan.
M. Shahirasul
Majapahit / PI7G4
2009-Mar-05
No comments:
Post a Comment