Aleph's

Aleph's
View from my village...

Friday, June 13, 2008

Dangkalnya Hati







Hidup tak sesenang diduga,
Cita-cita tak semudah yang
diimpikan.
Cinta hanya berputik namun lesap bila senja berlabuh,
atau
terus hilang tanpa sempat dibenihkan.

Sinar hidup tak mampu dirancang,
tapi sentiasa dapat diusahakan.
Madah pujangga,
hidup mesti
diteruskan.

Lalang yang tumbuh di sepanjang jalan,
indah dan memukau
pandangan,
bukan tidak pernah ku lihat,
tapi pandangan kali ini penuh
dijiwai,
mungkin kerana aku tak pernah hargai,
atau mungkin aku sudah
terbiasa.

Bila tiba masa, lalang muda bertukar tua,
keindahan hilang
seri, tiada lagi kata yang memuji,
namun lalang tua tetap punya identiti,
masih mampu mendamaikan diri dan juga hati,
sebagai penyeri, sehingga
tiba musim seterusnya.

Angin yang menghembus,
Lalang-lalang tua yang
menari,
tidak pernah pudar dan lemah.
Di situ ku lihat,
Latarnya,
citra kehidupanku.

Aku tak bisa menanti di sini lagi,
Kerana musim
sentiasa berganti,
Siapa tahu, musim seterusnya lebih berseri!


Tika aku berat hati untuk bertukar kerja dan berpindah ke kediaman baru. Tapi aku harus kuat dan belajar untuk sentiasa bergerak ke hadapan, kerana perubahan hanya mampu dipelajari jika setiap peluang aku rasai. Aku mungkin selesa di sini, namun sehingga bila, satu persoalan yang tidak pernah kutanya mahupun ku ada jawapannya. Peluang tak selalu tiba, atau dibuka - namun hatiku terlalu berat, untuk menerima suasana baru. Mungkin patut ku nilai lagi, dengan melihat liku yang berlalu, lewat dan kurang. Aku dan cita-citaku! Dalam pertarungan meneruskan kehidupan, melangsaikan hutang agar bisa hidup dengan aman dan menyediakan keperluan untuk hari esok. Aku tidak boleh lemah!

Tuhan, berikan aku kekuatan untuk melihat, menilai dan bertindak dengan keputusan yang wajar. Kerana, aku tidak punya lagi masa untuk dibazirkan...


14.June.2008
5.26 pagi.
330-12-04 TBG, Penang.

Note: You can click on the picture to enlarge.

No comments: