Aleph's

Aleph's
View from my village...

Thursday, November 13, 2008

Berita Harian : Cinta Kilat Utama Seks Sukar Bertahan


Cinta Kilat Utama Seks Sukar Bertahan

LONDON: Sekumpulan penyelidik Britain memberi amaran, fenomena cinta kilat menerusi laman sembang di internet tidak membawa faedah jangka panjang kerana tetap mengutamakan rupa menawan, daya tarikan seks dan bukan personaliti seperti difikirkan ramai pihak.

Penyelidik Universiti Edinburgh diketuai Alison Lenton, berkata lebih besar kumpulan pilihan bakal pasangan, lebih mudah individu membuat pilihan berdasarkan rupa dan daya tarikan seks, berbanding faktor lain.

“Banyak pilihan menyebabkan pemikiran mereka buntu dan terus mengutamakan naluri semata-mata,” kata saintis berkenaan.

Fenomena itu berbeza dengan haiwan seperti burung yang lebih besar kumpulannya, lebih tinggi peluang haiwan bukan dominan dipilih sebagai pasangan.

“Kaki cinta kilat cuba mendapatkan perhatian menerusi beberapa siri bermesra selama lima minit dan selepas itu membuat pilihan berdasarkan siapa dapat menawan hati,” katanya.

Kumpulan penyelidik itu melakukan kajian membabitkan 118 sesi dengan individu antara tujuh hingga 36 orang setiap kumpulan.

Apa yang mengejutkan mereka, semakin besar kumpulan, pilihan ditumpukan kepada beberapa individu dan yang kurang popular tidak menjadi perhatian.

Bagi kumpulan kecil, ramai saling berinteraksi dan lebih mengutamakan kualiti seperti kecerdikan berbanding tarikan fizikal.

“Ini membuktikan, lebih banyak pilihan yang mereka ada, ramai yang terus melakukan tapisan dengan mengutamakan rupa paras calon pilihan,” kata Lenton.


Berita Harian
14-Nov-2008

Reference: Halo-effect.

No comments: