Aleph's

Aleph's
View from my village...

Wednesday, November 26, 2008

PTPTN - Kita Tertipukah??

This is my email to PTPTN

From: M. Shahirasul [mailto:msah83@gmail.com]
Sent: Tuesday, November 25, 2008 9:02 PM
To: penyata
Subject: Pertanyaan Berkaitan Caj Perkhidmatan PTPTN

Tuan,

Saya ingin memohon maklumat lanjut berkenaan caj perkhidmatan PTPTN yang akan dikurangkan kepada 1% bermula 1 Januari 2009. Adakah sebarang tindakan yang perlu saya ambil atau pengurangan akan dilaksanakan secara automatic?

Saya telah mula membayar pinjaman saya pada tahun lepas.

Terima kasih.

Regards,
M. Shahirasul


This is their reply.


From: Wan Siti xxxxxx Binti. Megat Hashim [mailto:siti_xxxxxx@ptptn.gov.my]
Sent: Thursday, November 27, 2008 9:06 AM
To: M. Shahirasul @ Abdul Halim bin A.R.; penyata
Cc: penyata; aduan
Subject: RE: Pertanyaan Berkaitan Caj Perkhidmatan PTPTN

Tuan,

Salam Sejahtera,

Untuk makluman, perlaksanaan caj 1% bermula pada 1 jun 2008 sebagaimana kenyataan akhbar Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dalam akhbar-akhbar utama pada 14 Ogos 2008. Pihak pengurusan PTPTN sedang menyediakan kaedah dan peraturan pelaksanaannya dan akan diedarkan untuk makluman dalam tempoh terdekat. Maklumat mengenai perkara ini boleh didapati di laman web www.ptptn.gov.my Kaedah dan peraturan tersebut juga akan dipaparkan di Laman Web PTPTN untuk panduan umum. Surat perjanjian yang baru akan dihantar kepada peminjam awal Januari 2009, tempoh diberikan selama 30 hari untuk kembalikan kepada PTPTN. selepas pelarasan siap sepenuhnya, kos 1% akan berjalan seperti biasa bagi mereka yang tidak mempunyai tunggakan pinjaman sebelum ini. "Semua permohonan (untuk satu peratus) akan ditapis terlebih dulu dengan melihat kepada jumlah pembayaran mereka. Mereka yang membayar mengikut kadar ditetapkan sehingga 31 Mei lalu, layak menerima pengurangan caj. Bagi yang gagal membayar mengikut jadual, mereka tetap dikenakan caj perkhidmatan lama dan hanya boleh menikmati caj baru selepas selesai membayar tunggakan pinjaman ptptn sehingga 31 Mei 2008.

Sila maklumkan alamat dan no tel terbaru jika ada perubahan.

Harap maklum




My Comment:

Cis, ada catch jugak rupanya... Ingatkan sumer orang layak... Baik tak payah promote bagai nak rak... Dan lagi satu, benda ni follow ke dengan Majlis Fatwa?

Kalau nak buat tu, kurangkan jer la... Nak ada catch tu kenapa lagi.

Kepada kengkawan yg liat bayar padan muka korang... Hahaha... (Termasuk la jugak aku, walaupun ada scholarship, tetap gatal nak amik PTPTN) Tapi aku tetap bayar... Semoga PTPTN cepat2 kaya...

3 comments:

Anonymous said...

Nampaknya PTPTN betul2 la buat duit, sebab 80% daripada peminjam lama tidak layak utk diberikan kadar baru 1% itu.

Pandai PTPTN buat tricks.

Sepatutnya Majlis Fatwa kena tambah sikit di dalam fatwa dia orang hari tu "PTPTN tidak seharusnya menipu pengguna bahawa kadar akan dikurangkan secara keseluruhan"

Bagi jer la kat semua orang, susah sangat ke sampai kena buat tipu.

Orang dah kata 3% tu tak boleh, dia kata OK, dia akan turunkan kepada 1% - tapi ada syarat.

Macam sial!

whanou said...

you could try this out go to this website useful reference click this site top article visite site

Unknown said...

replica bags ebay replica hermes z1m47h7p86 replica bags nancy replica bags in china try these out t0n19w2h97 replica bags wholesale india replica bags 168 mall read g1h72b2k27 replica bags prada